Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 · Updated to 2 Jan 2025 · Bahagian V · Sistem Pembayaran
39. Penetapan dan pembatalan penetapan sistem pembayaran
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Jika Bank berpendapat bahawa suatu gangguan dalam pengendalian sistem pembayaran boleh menjejaskan keyakinan orang awam terhadap keseluruhan sistem pembayaran di Malaysia atau memberikan kesan kepada kestabilan monetari atau kewangan
Malaysia—
dalam hal pengendali sistem pembayaran yang tertakluk pada penyeliaan atau pengawasan pihak berkuasa penyeliaan yang lain di Malaysia, Menteri atas syor Bank dan pihak berkuasa penyeliaan itu; atau
dalam mana-mana hal lain, Bank dengan persetujuan
Menteri, boleh, melalui suatu perintah yang disiarkan dalam Warta, menetapkan sistem pembayaran itu sebagai sistem pembayaran yang ditetapkan.
Dalam hal pengendali sistem pembayaran yang tertakluk pada penyeliaan atau pengawasan pihak berkuasa penyeliaan yang lain di Malaysia, Bank hendaklah berunding dengan pihak berkuasa penyeliaan itu dalam membuat suatu pendapat di bawah subseksyen (1).
Sekiranya hal keadaan dalam subseksyen (1) tidak lagi terpakai, penetapan suatu sistem pembayaran boleh dibatalkan—
dalam hal pengendali sistem pembayaran yang tertakluk pada penyeliaan atau pengawasan pihak berkuasa penyeliaan yang lain di Malaysia, oleh Menteri, atas syor bersesama Bank dan pihak berkuasa penyeliaan itu; atau 82 Undang-Undang Malaysia AKTA 759
dalam mana-mana hal lain, oleh Bank, melalui suatu perintah yang disiarkan dalam Warta.
Bank dan pihak berkuasa penyeliaan itu hendaklah dengan tetap menyemak kedudukan sistem pembayaran yang ditetapkan di bawah perenggan (1)(a), untuk memutuskan sama ada hal keadaan di bawah subseksyen (1), tidak lagi terpakai bagi maksud membuat syor bersesama di bawah perenggan (3)(a).
Bahagian VI
Kehendak Berhemat
Bahagian VII
Pemunyaan, Kawalan dan Pemindahan Perniagaan
Bahagian VIII
Kumpulan Kewangan
Bahagian IX
Pelakuan Perniagaan dan Perlindungan Pengguna
Bahagian 3
Bahagian X
Pasaran Wang Islam dan Pasaran Pertukaran Asing Islam
Bahagian XI
Pengemukaan Dokumen atau Maklumat
Bahagian XII
Pemeriksaan
Bahagian XIII
Arahan Pematuhan
Bahagian XIV
Campur Tangan dan Tindakan Remedi
Bahagian XV
Kuasa Bank yang Lain
Bahagian XVI
Penguatkuasaan dan Penalti
Bahagian XVII
Peruntukan Am
Bahagian XVIII