Skip to content
In forceUpdated to 2 Jan 2025Read it in English
Contents

Bahagian XI · Pengemukaan Dokumen atau Maklumat

155. Pengemukaan dokumen atau maklumat kepada Bank

(1)

Jika di bawah Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis lain, mana-mana orang termasuk—

(a)

orang yang diberi kuasa;

(b)

pengendali sistem pembayaran yang ditetapkan;

(c)

syarikat pemegangan kewangan;

(d)

peserta pasaran;

(e)

pejabat wakil yang diluluskan;

(f)

institusi kewangan Islam yang ditetapkan di bawah seksyen 223;

(g)

perbadanan sekutu atau perbadanan berkaitan dengan orang yang disebut dalam perenggan (a) hingga (f); atau

(h)

peserta, pengguna atau mana-mana orang yang mempunyai urus niaga dengan orang yang disebut dalam perenggan (a)

hingga (f), adalah dikehendaki untuk mengemukakan apa-apa dokumen atau maklumat kepada Bank, orang itu hendaklah mengemukakan dokumen atau maklumat itu kepada Bank.

(2)

Jika, bagi maksud penjalanan mana-mana kuasanya atau pelaksanaan mana-mana fungsinya di bawah Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis, Bank menghendaki apa-apa dokumen atau maklumat daripada mana-mana orang termasuk orang yang disebut dalam subseksyen (1), orang itu hendaklah mengemukakan dokumen atau maklumat itu kepada Bank.

166 Undang-Undang Malaysia AKTA 759

(3)

Mana-mana orang yang dikehendaki untuk mengemukakan apa-apa dokumen atau maklumat di bawah subseksyen (1) atau (2)

tidak boleh mengemukakan apa-apa dokumen atau maklumat—

(a)

yang dia mengetahui, atau mempunyai sebab untuk mempercayai, adalah palsu atau mengelirukan dalam butir material; atau

(b)

yang tidak tepat atau tidak lengkap berkenaan dengan kesalahan atau ketinggalan material, atau apa-apa kesalahan atau ketinggalan berulang.

(4)

Bagi maksud subseksyen (1) atau (2), apa-apa dokumen atau maklumat yang dikehendaki untuk dikemukakan hendaklah dikemukakan dalam suatu tempoh, pada apa-apa lat tempoh, dengan cara atau bentuk sebagaimana yang ditentukan oleh Bank.

(5)

Mana-mana orang yang mematuhi subseksyen (1) atau (2) tidak dikira sebagai memungkiri mana-mana kontrak, perjanjian atau perkiraan.

(6)

Bank boleh menghendaki—

(a)

apa-apa dokumen atau maklumat yang dikemukakan di bawah subseksyen (1) atau (2) untuk ditentusahkan dengan apa-apa cara sebagaimana yang ditentukan oleh

Bank; atau

(b)

apa-apa dokumen yang dikeluarkan untuk diperakui sebagai suatu salinan sah, oleh mana-mana orang, termasuk juruaudit bagi orang yang disebut dalam subseksyen (1).

(7)

Tertakluk pada seksyen 157, jika suatu dokumen atau maklumat yang diperoleh oleh Bank di bawah subseksyen (1) berhubung dengan akaun atau hal ehwal mana-mana pelanggan mana-mana orang yang disebut dalam subseksyen (1), dokumen atau maklumat itu adalah rahsia antara Bank dan orang yang mengemukakan dokumen atau maklumat itu.

Perkhidmatan Kewangan Islam 167

(8)

Mana-mana orang yang melanggar perenggan (3)(a) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan untuk suatu tempoh tidak melebihi lapan tahun atau didenda tidak melebihi dua puluh lima juta ringgit atau kedua-duanya.

Pengemukaan maklumat statistik, dsb.

Report

Bahagian XII

Pemeriksaan

Bahagian XIII

Arahan Pematuhan

Bahagian XIV

Campur Tangan dan Tindakan Remedi

Bahagian XV

Kuasa Bank yang Lain

Bahagian XVI

Penguatkuasaan dan Penalti

Bahagian XVII

Peruntukan Am

Bahagian XVIII

Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Schedules