Skip to content
In forceUpdated to 2 Jan 2025Read it in English
Contents

Bahagian X · Pasaran Wang Islam dan Pasaran Pertukaran Asing Islam

152. Kuasa Bank untuk menentukan standard atau mengeluarkan kod

(1)

Bank boleh menentukan standard atau mengeluarkan kod bagi maksud membangunkan, atau memelihara keadaan yang teratur atau berintegriti, dan memastikan pematuhan dengan Shariah dalam, pasaran wang Islam atau pasaran pertukaran asing Islam.

(2)

Tanpa mengehadkan keluasan subseksyen (1), standard yang ditentukan atau kod yang dikeluarkan di bawah subseksyen itu termasuklah standard atau kod yang berhubungan dengan—

(a)

pematuhan Shariah oleh peserta pasaran itu atau mana-mana orang yang digajikan oleh peserta pasaran itu yang

162 Undang-Undang Malaysia AKTA 759

berhubungan dengan pelakuan atau aktiviti mereka dalam pasaran wang Islam atau pasaran pertukaran asing Islam;

(b)

obligasi dan kewajipan mana-mana peserta pasaran atau mana-mana pegawai peserta pasaran itu; dan

(c)

pengeluaran, penjualan, pembelian, pembelian semula, pinjaman atau pemberian pinjaman, atau urus niaga lain dalam, mata wang atau instrumen kewangan Islam yang lain yang diniagakan dalam pasaran wang Islam atau pasaran pertukaran asing Islam termasuk terbitan Islam melalui kaunter yang harga, nilai atau obligasi pembayaran berpunca daripada, merujuk kepada atau berdasarkan atas kadar faedah atau kadar pertukaran.

(3)

Standard atau kod hanya boleh ditentukan atau dikeluarkan di bawah perenggan (2)(b) berkenaan dengan terbitan Islam melalui kaunter yang berpunca daripada, merujuk kepada atau berdasarkan atas kadar faedah bagi maksud memastikan pematuhan Shariah dan memelihara kestabilan monetari.

(4)

Mana-mana peserta pasaran atau mana-mana pegawai peserta pasaran dalam pasaran wang Islam atau pasaran pertukaran asing Islam hendaklah pada setiap masa mematuhi apa-apa standard yang ditentukan atau kod yang dikeluarkan oleh Bank di bawah seksyen ini.

(5)

Tanpa mengehadkan kuasa Bank untuk mengambil tindakan di bawah mana-mana peruntukan Akta ini, Bank boleh mengenakan apa-apa syarat, sekatan atau larangan termasuk, penggantungan dalam berdagang dan sekatan atas urus niaga dalam pasaran ini atas mana-mana peserta pasaran atau mana-mana pegawai peserta pasaran bagi kegagalan mematuhi atau menguatkuasakan apa-apa standard yang ditentukan atau kod yang dikeluarkan di bawah seksyen ini.

Report

Bahagian XI

Pengemukaan Dokumen atau Maklumat

Bahagian XII

Pemeriksaan

Bahagian XIII

Arahan Pematuhan

Bahagian XIV

Campur Tangan dan Tindakan Remedi

Bahagian XV

Kuasa Bank yang Lain

Bahagian XVI

Penguatkuasaan dan Penalti

Bahagian XVII

Peruntukan Am

Bahagian XVIII

Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Schedules