Skip to content
In forceUpdated to 2 Jan 2025Read it in English
Contents

Bahagian II · Objektif Pengawalseliaan dan Kuasa dan Fungsi Bank

7. Kuasa dan fungsi Bank

(1)

Bank hendaklah menjalankan kuasa dan melaksanakan fungsi di bawah Akta ini dengan cara yang ia berpendapat paling wajar bagi maksud mencapai objektif pengawalseliaan Akta ini dan Gabenor hendaklah menjalankan apa-apa kuasa dan melaksanakan apa-apa fungsi Bank bagi pihaknya.

(2)

Kuasa dan fungsi Bank di bawah Akta ini adalah sebagai tambahan kepada, dan tidak mengurangkan, kuasa dan fungsi Bank di bawah Akta Bank Negara Malaysia 2009.

(3)

Bank hendaklah, dari semasa ke semasa, memaklumkan Menteri mengenai perkara yang berhubungan dengan penjalanan kuasanya dan pelaksanaan fungsinya di bawah Akta ini.

(4)

Bank boleh memberi kuasa kepada Timbalan Gabenor atau pegawai bank untuk menjalankan mana-mana kuasanya atau melaksanakan apa-apa fungsinya di bawah Akta ini.

(5)

Bank boleh menubuhkan dan memberi kuasa kepada jawatankuasa yang mengandungi anggota sebagaimana Bank boleh putuskan bagi maksud menjalankan apa-apa kuasa atau melaksanakan mana-mana fungsi Bank di bawah Akta ini.

(6)

Bank boleh, sama ada secara amnya atau dalam hal tertentu, melantik seseorang, sama ada di dalam atau di luar Malaysia, yang bukan pegawai Bank—

56 Undang-Undang Malaysia AKTA 759

(a)

untuk memberikan apa-apa bantuan dalam menjalankan apa-apa kuasanya atau melaksanakan apa-apa fungsinya di bawah Akta ini; atau

(b)

menjalankan apa-apa kuasanya atau melaksanakan apa-apa fungsinya bagi pihak dan atas nama Bank, sebagaimana yang ditentukan oleh Bank.

Report

Bahagian III

Pemberikuasaan

Bahagian

Bahagian 1 Jadual 1.

Bahagian

Bahagian 2 Jadual 1.

Bahagian IV

Kehendak Shariah

Bahagian V

Sistem Pembayaran

Bahagian VI

Kehendak Berhemat

Bahagian VII

Pemunyaan, Kawalan dan Pemindahan Perniagaan

Bahagian VIII

Kumpulan Kewangan

Bahagian IX

Pelakuan Perniagaan dan Perlindungan Pengguna

Bahagian 3

Bahagian X

Pasaran Wang Islam dan Pasaran Pertukaran Asing Islam

Bahagian XI

Pengemukaan Dokumen atau Maklumat

Bahagian XII

Pemeriksaan

Bahagian XIII

Arahan Pematuhan

Bahagian XIV

Campur Tangan dan Tindakan Remedi

Bahagian XV

Kuasa Bank yang Lain

Bahagian XVI

Penguatkuasaan dan Penalti

Bahagian XVII

Peruntukan Am

Bahagian XVIII

Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Schedules