Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 · Updated to 2 Jan 2025 · Bahagian VII · Pemunyaan, Kawalan dan Pemindahan Perniagaan
99. Pemerolehan kepentingan dalam syer menghendaki kelulusan
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Tertakluk pada seksyen 104 dan kecuali dengan kelulusan bertulis terdahulu Bank, tiada seorang pun—
boleh membuat perjanjian atau perkiraan, untuk memperoleh mana-mana kepentingan dalam syer orang berlesen yang, sekiranya perjanjian atau perkiraan itu dijalankan, orang itu akan memegang (berserta dengan apa-apa kepentingan dalam syer orang berlesen itu yang telah ada dipegang olehnya) suatu kepentingan agregat lima peratus atau lebih dalam syer orang berlesen itu; atau
yang telah mendapatkan suatu kelulusan Bank di bawah perenggan 102(3)(a), atau
Menteri di bawah subseksyen 102(6) berkenaan dengan larangan di bawah subseksyen (2), mengikut mana-mana yang berkenaan, boleh membuat apa-apa perjanjian atau perkiraan kemudiannya yang, sekiranya perjanjian atau perkiraan itu dijalankan, orang itu akan memegang suatu agregat kepentingan dalam syer orang berlesen, pada atau melebihi—
apa-apa gandaan lima peratus; atau
peratusan pemegangan bagi suatu tawaran mandatori di bawah Kod Malaysia Mengenai Pengambilalihan dan Percantuman ditetapkan di bawah seksyen 217
Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007.
Walau apa pun subseksyen (1), tiada seorang pun boleh membuat perjanjian atau perkiraan untuk memperoleh apa-apa kepentingan dalam syer orang berlesen yang, sekiranya perjanjian atau
118 Undang-Undang Malaysia AKTA 759
perkiraan yang dijalankan itu, orang itu akan memegang (berserta dengan apa-apa kepentingan dalam syer orang berlesen yang telah ada dipegang oleh orang itu) suatu agregat yang lebih daripada lima puluh peratus kepentingan dalam syer orang berlesen itu, tanpa mendapat kelulusan bertulis terdahulu Menteri, atas syor Bank.
Bagi mengelakkan keraguan, seseorang itu tidak dikehendaki untuk mendapatkan—
kelulusan Bank—
di bawah subseksyen
, bagi mana-mana pemerolehan kepentingan dalam syer kemudiannya orang berlesen, sekiranya—
orang itu telah mendapatkan kelulusan Bank di bawah subseksyen itu; dan
pemerolehan itu akan mengakibatkan orang itu memegang kepentingan dalam syer yang kurang daripada apa-apa gandaan lima peratus; atau
di bawah subperenggan (1)(b)(i), sekiranya kelulusan
Menteri di bawah subseksyen (2) juga dikehendaki bagi pemerolehan itu; atau
kelulusan Menteri di bawah subseksyen (2) bagi mana-mana pemerolehan kepentingan dalam syer kemudiannya orang berlesen sekiranya orang itu telah mendapatkan kelulusan Menteri di bawah subseksyen 102(6) untuk memegang suatu agregat yang melebihi lima puluh peratus kepentingan dalam syer orang berlesen itu.
Bahagian VIII
Kumpulan Kewangan
Bahagian IX
Pelakuan Perniagaan dan Perlindungan Pengguna
Bahagian 3
Bahagian X
Pasaran Wang Islam dan Pasaran Pertukaran Asing Islam
Bahagian XI
Pengemukaan Dokumen atau Maklumat
Bahagian XII
Pemeriksaan
Bahagian XIII
Arahan Pematuhan
Bahagian XIV
Campur Tangan dan Tindakan Remedi
Bahagian XV
Kuasa Bank yang Lain
Bahagian XVI
Penguatkuasaan dan Penalti
Bahagian XVII
Peruntukan Am
Bahagian XVIII