Seksyen 35
ActIn forceProvision 35 of 47
Seksyen 35
(1)
Tertakluk kepada sesuatu perjanjian di antara pekongsi-pekongsi, tiap-tiap perkongsian adalah dibubarkan berkenaan dengan semua pekongsi dengan kematian atau kebankrapan mana-mana pekongsi.
(2)
Sesuatu perkongsian, atas opsyen pekongsi-pekongsi lain, boleh dibubarkan jika seseorang pekongsi itu membiarkan bahagian harta perkongsiannya digadaikan di bawah Akta ini bagi hutangnya yang berasingan.