Seksyen 38
Seksyen 38
Jika seseorang itu berurusniaga dengan suatu firma setelah ada pertukaran dalam keanggotaannya, dia berhak menganggap semua anggota yang zahir bagi firma lama itu sebagai masih menjadi anggota firma itu sehingga dia menerima notis mengenai pertukaran itu.
(2)
Suatu iklan dalam Warta Persekutuan mengenai suatu firma yang tempat utama urusannya adalah di Malaysia Barat, dalam Warta Sabah mengenai suatu firma yang tempat utama urusannya adalah di Sabah, dan dalam Warta Sarawak mengenai suatu firma yang tempat utama urusannya adalah di Sarawak, adalah notis bagi orang-orang yang tidak ada urusan dengan firma itu sebelum tarikh pembubaran atau pertukaran yang diiklankan demikian.
(3)
Estet seorang pekongsi yang mati atau yang menjadi bankrap, atau seorang pekongsi yang, dengan tidak diketahui oleh orang yang berurusniaga dengan firma itu sebagai seorang pekongsi, bersara dari firma itu, tidak bertanggungan masing-masingnya bagi hutang perkongsian yang dikontrakkan selepas tarikh kematian, kebankrapan atau persaraan itu.