Skip to content
In forceUpdated to 1 Jun 2006Read it in English

Bahagian V · Pembubaran Perkongsian dan Akibatnya

46. Perkongsian

Feedback & support

Dalam menyelesaikan akaun antara pekongsi selepas pembubaran perkongsian, kaedah-kaedah yang berikut hendaklah, tertakluk kepada apa-apa perjanjian, dipatuhi:

(a)

kerugian, termasuk kerugian dan kekurangan modal, hendaklah terlebih dahulu dibayar daripada keuntungan, kemudian daripada modal dan akhirnya, jika perlu, oleh pekongsi secara individu mengikut kadar yang mereka berhak berkongsi keuntungan; dan

(b)

aset firma itu, termasuk jumlahnya, jika ada, yang disumbangkan oleh pekongsi untuk menggantikan kerugian atau kekurangan modal, hendaklah digunakan mengikut cara dan susunan yang

(i)

(ii)

(iii)

(iv)

berikut:

bagi membayar hutang dan liabiliti firma itu kepada orang yang bukan pekongsi dalamnya;

bagi membayar kepada setiap pekongsi mengikut kadar apa yang kena dibayar oleh firma itu kepadanya bagi pendahuluan dengan dibezakan daripada modal;

bagi membayar setiap pekongsi mengikut kadar apa yang kena dibayar oleh firma kepadanya berkenaan dengan modal; dan baki terakhir, jika ada, hendaklah dibahagikan antara pekongsi mengikut kadar yang keuntungan itu boleh dibahagikan.

Report