Akta Perkongsian 1961 · Updated to 1 Jun 2006 · Bahagian V · Pembubaran Perkongsian dan Akibatnya
37. Section 37
Feedback & supportAtas permohonan seseorang pekongsi, mahkamah boleh mendekrikan suatu pembubaran perkongsian dalam mana-mana hal yang berikut:
apabila seseorang pekongsi didapati gila atau diperlihatkan, sehingga mahkamah berpuas hati, sebagai tak sempurna akal secara kekal, dalam mana-mana satu hal itu permohonan boleh juga dibuat bagi pihak pekongsi itu oleh jawatankuasanya, atau sahabat wakilnya, atau orang yang mempunyai hak untuk campur tangan sebagaimana mana-mana seseorang pekongsi lain;
Perkongsian
apabila seseorang pekongsi, selain daripada pekongsi yang mendakwa, menjadi dengan apa-apa cara lain tak upaya secara kekal untuk melaksanakan bahagiannya bagi kontrak perkongsian itu;
apabila seseorang pekongsi, selain daripada pekongsi yang mendakwa, telah bersalah atas apa-apa kelakuan, yang pada pendapat mahkamah, dengan mengambil perhatian akan jenis urusan itu, dikira akan menjejaskan perjalanan urusan itu;
apabila seseorang pekongsi, selain daripada pekongsi yang mendakwa, dengan sengaja atau dengan kerap memungkiri perjanjian perkongsian atau selainnya berkelakuan sedemikian dalam perkara yang berhubungan dengan urusan perkongsian hingga tidak semunasabahnya praktik bagi pekongsi atau pekongsi-pekongsi lain menjalankan urusan perkongsian dengannya;
apabila urusan perkongsian itu hanya boleh dijalankan dengan kerugian; dan
bilamasa dalam apa-apa hal timbul hal keadaan yang, pada pendapat mahkamah, menjadikannya adil dan saksama perkongsian itu dibubarkan.