Akta Perkongsian 1961 · Updated to 1 Jun 2006 · Bahagian V · Pembubaran Perkongsian dan Akibatnya
40. Section 40
Feedback & supportSelepas pembubaran sesuatu perkongsian, kuasa setiap pekongsi untuk mengikat firma itu, dan hak dan obligasi lain pekongsi itu, berterusan, walaupun terdapat pembubaran itu, setakat yang perlu bagi menggulung hal-ehwal perkongsian itu, dan untuk menyempurnakan transaksi yang telah dimulakan tetapi belum diselesaikan pada masa pembubaran itu, tetapi tidak sebaliknya:
Dengan syarat bahawa firma itu tidak dalam apa-apa hal pun terikat dengan tindakan seseorang pekongsi yang telah menjadi bankrap; tetapi proviso ini tidak menyentuh liabiliti mana-mana orang yang telah, selepas kebankrapan itu, menggambarkan dirinya atau dengan disedarinya membiarkan dirinya digambarkan sebagai seorang pekongsi sibankrap.