Akta Perkongsian 1961 · Updated to 1 Jun 2006 · Bahagian V · Pembubaran Perkongsian dan Akibatnya
42. Section 42
Feedback & supportJika seorang pekongsi telah membayar premium kepada pekongsi lain apabila memasuki sesuatu perkongsian bagi suatu tempoh tetap, dan perkongsian itu dibubarkan sebelum habis tempoh itu selain daripada dengan kematian seseorang pekongsi, mahkamah boleh memerintahkan pembayaran balik premium itu, atau apa-apa bahagian daripadanya yang difikirkannya adil, setelah mengambil perhatian kepada terma-terma kontrak perkongsian itu dan kepada jangka masa perkongsian itu telah berterusan; melainkan jika—
pembubaran itu, mengikut penghakiman mahkamah, adalah keseluruhannya atau sebahagian besarnya disebabkan oleh salah laku pekongsi yang membayar premium itu; atau
perkongsian itu telah dibubarkan melalui suatu perjanjian yang tidak mengandungi peruntukan bagi pemulangan apa-apa bahagian premium itu.