Skip to content
In forceUpdated to 20 Feb 2025Read it in English

Bahagian IV · Perkongsian Data

13. Tujuan yang baginya data boleh dikongsi

Feedback & support

Suatu permintaan bagi perkongsian data boleh dibuat dan diberikan bagi tujuan yang berikut:

(a)

untuk meningkatkan kecekapan atau keberkesanan dasar, pengurusan program atau perancangan dan penyampaian perkhidmatan oleh agensi sektor awam;

(b)

untuk mengurangkan atau mencegah ancaman terhadap nyawa, kesihatan atau keselamatan seseorang, atau ancaman terhadap kesihatan atau keselamatan awam;

(c)

untuk bertindak balas terhadap kecemasan awam;

(d)

demi kepentingan awam; atau

(e)

apa-apa tujuan lain sebagaimana yang boleh ditentukan oleh Jawatankuasa.

Report