Akta Perkongsian Data 2025 · Updated to 20 Feb 2025 · Bahagian IV · Perkongsian Data
18. Sekatan terhadap penggunaan selanjutnya dan penzahiran data yang dikongsi
Feedback & support(1)
Mana-mana pegawai atau pekhidmat kepada penerima data tidak boleh menggunakan atau menzahirkan data yang dikongsi di bawah Akta ini selain bagi tujuan yang baginya data itu dikongsi.
(2)
Mana-mana pegawai atau pekhidmat kepada penerima data yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.