Skip to content

Seksyen 21

Kewajipan untuk melaporkan butir-butir yang berhubungan dengan perkongsian data

of Akta Perkongsian Data 2025

ActIn forceProvision 21 of 29
Seksyen 21
(1)

Agensi sektor awam hendaklah menyediakan laporan secara bertulis kepada Ketua Pengarah mengenai perkara seperti yang berikut:

(a)

butir-butir permintaan bagi perkongsian data yang dibuat oleh agensi sektor awam itu;

(b)

maklum balas yang diberikan yang berhubungan dengan permintaan bagi perkongsian data itu;

(c)

jika data yang diminta itu ditolak, sebab penolakan itu;

dan

(d)

apa-apa maklumat lain dalam kawalan agensi sektor awam itu sebagaimana yang boleh dikehendaki oleh

Ketua Pengarah.

(2)

Laporan yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah dikemukakan dari semasa ke semasa sebagaimana yang boleh dikehendaki oleh Ketua Pengarah.