Skip to content

Seksyen 17

Kewajipan pihak ketiga untuk melindungi data yang dikongsi

of Akta Perkongsian Data 2025

ActIn forceProvision 17 of 29
Seksyen 17
(1)

Jika penerima data membuat perkiraan dengan pihak ketiga untuk menjalankan apa-apa pemindahan data, integrasi data atau kerja analitik data menggunakan data yang dikongsi di bawah Akta ini, penerima data hendaklah memastikan bahawa persetujuan pembekal data diperoleh sebelum data itu dikendalikan oleh pihak ketiga itu.

(2)

Pihak ketiga yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah mengendalikan data itu dengan mematuhi Akta ini dan kehendak yang berhubungan dengan keselamatan data yang terpakai berkenaan dengan data yang dikongsi itu.

(3)

Mana-mana pihak ketiga yang melanggar subseksyen (2)

melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.