Akta Perkongsian Data 2025 · Updated to 20 Feb 2025 · Bahagian IV · Perkongsian Data
16. Kewajipan yang berhubungan dengan perkongsian data
Feedback & supportPembekal data dan penerima data hendaklah—
memastikan bahawa data yang dikongsikan diurus dan disenggarakan dengan mematuhi apa-apa kehendak undang-undang berkenaan dengan jagaan dan kawalannya yang terpakai bagi data itu;
mengambil langkah yang perlu untuk memastikan keselamatan dan privasi data termasuk—
perlindungan data daripada apa-apa kehilangan, penyalahgunaan, pengubahsuaian, akses atau penzahiran tanpa kebenaran atau tidak sengaja, pindaan atau pemusnahan; dan
pemeliharaan hak individu yang berhubungan dengan perlindungan data peribadi;
menyimpan rekod semua butir-butir yang berhubungan dengan data yang dikongsi;
melaporkan apa-apa perkongsian data tanpa kebenaran kepada Ketua Pengarah; dan
mematuhi apa-apa kehendak lain sebagaimana yang boleh ditentukan oleh Jawatankuasa.
Undang-Undang Malaysia 16