Skip to content

Seksyen 57

Labuan

of Akta Perkongsian Terhad dan Perkongsian Liabiliti Terhad Labuan 2010

ActIn forceProvision 57 of 91
Seksyen 57
(1)

Tiap-tiap pekongsi sesuatu perkongsian liabiliti terhad

Labuan ialah ejen bagi perkongsian liabiliti terhad Labuan itu dan oleh yang demikian, perbuatan seseorang pekongsi atas sifat pekongsi itu sebagai pekongsi hendaklah mengikat perkongsian liabiliti terhad Labuan itu.

Undang-Undang Malaysia 56

Akta 707

(2)

Walau apa pun subseksyen (1), sesuatu perkongsian liabiliti terhad Labuan tidak terikat dengan apa-apa jua yang dilakukan oleh pekongsi dalam berurusan dengan seseorang jika—

(a)

pekongsi itu pada hakikatnya tidak mempunyai kuasa untuk bertindak bagi perkongsian liabiliti terhad Labuan itu dalam urusan itu; dan

(b)

orang itu mengetahui bahawa pekongsi itu tidak mempunyai kuasa atau tidak mengetahui atau tidak mempercayai bahawa pekongsi itu ialah seorang pekongsi perkongsian liabiliti terhad Labuan itu.

(3)

Jika seseorang itu telah terhenti menjadi pekongsi sesuatu perkongsian liabiliti terhad Labuan, orang itu dianggap, berhubung dengan mana-mana orang yang berurusan dengan perkongsian liabiliti terhad Labuan itu, masih menjadi pekongsi perkongsian liabiliti terhad Labuan itu melainkan jika—

(a)

orang yang berurusan dengan perkongsian liabiliti terhad

Labuan itu mempunyai notis bahawa bekas pekongsi itu telah terhenti menjadi seorang pekongsi perkongsian liabiliti terhad Labuan itu; atau

(b)

suatu notis bahawa bekas pekongsi itu telah terhenti menjadi seorang pekongsi perkongsian liabiliti terhad

Labuan itu telah diserahkan kepada Lembaga.

(4)

Bagi maksud subseksyen (2), tiada seorang pun disifatkan mempunyai notis mengenai apa-apa kekurangan kuasa seseorang pekongsi hanya kerana hakikat itu dijadikan tersedia oleh Lembaga untuk diperiksa.