Seksyen 60
Penyerahhakan kepentingan
of Akta Perkongsian Terhad dan Perkongsian Liabiliti Terhad Labuan 2010
Melainkan jika diperuntukkan selainnya dalam perjanjian perkongsian, seseorang pekongsi boleh menyerahhakkan keseluruhan atau mana-mana bahagian kepentingannya dalam pembahagian daripada perkongsian liabiliti terhad Labuan itu tetapi hanya setakat yang berhak diterima oleh pekongsi itu.
Perkongsian Terhad dan Perkongsian
Liabiliti Terhad Labuan 59
(2)
Sesuatu penyerahhakan di bawah subseksyen (1) tidak boleh dengan sendirinya—
(a)
menyebabkan pekongsi itu terhenti menjadi seorang pekongsi perkongsian liabiliti terhad Labuan itu; dan
(b)
memberi hak kepada pemegang serah hak untuk campur tangan dalam pengurusan perkongsian liabiliti terhad
Labuan itu.