Akta Perlindungan Varieti Baru Tumbuhan 2004 · Updated to 1 Jan 2006 · Bahagian VIII · Pelanggaran
48. Prosiding pelanggaran
Feedback & support(1)
Pemegang hendaklah mempunyai hak untuk memulakan prosiding mahkamah terhadap mana-mana orang yang telah melanggar atau sedang melanggar haknya.
(2)
Pemegang hendaklah mempunyai hak yang sama terhadap mana-mana orang yang melaksanakan perbuatan yang mungkin menyebabkan pelanggaran berlaku, yang dalam Bahagian ini disebut sebagai suatu “pelanggaran mungkin berlaku”.
(3)
Prosiding dalam subseksyen (1) dan (2) tidak boleh dimulakan selepas lima tahun dari tarikh perbuatan pelanggaran itu diketahui atau mungkin secara munasabah diketahui oleh pemegang.