Akta Perlindungan Varieti Baru Tumbuhan 2004 · Updated to 1 Jan 2006 · Bahagian VIII · Pelanggaran
49. Injunksi dan award ganti rugi
Feedback & support(1)
Jika pemegang membuktikan bahawa suatu pelanggaran telah dilakukan atau sedang dilakukan, mahkamah boleh mengawardkan ganti rugi dan boleh memberikan suatu injunksi untuk menghalang pelanggaran yang selanjutnya dan mengawardkan apa-apa remedi undang-undang yang lain.
(2)
Jika pemegang membuktikan bahawa suatu pelanggaran yang mungkin berlaku, mahkamah boleh memberikan injunksi untuk menghalang pelanggaran itu dan mengawardkan apa-apa remedi undang-undang yang lain.