Skip to content
In forceUpdated to 1 Oct 2015Read it in English
Contents

Bahagian IX · Pelbagai

81. Kesalahan oleh pekerja atau ejen

(1)

Jika mana-mana orang di bawah Akta ini boleh dikenakan apa-apa hukuman atau penalti bagi apa-apa perbuatan, peninggalan, pengabaian atau keingkaran, orang itu boleh dikenakan hukuman atau penalti yang sama bagi tiap-tiap perbuatan, peninggalan, pengabaian atau keingkaran mana-mana pekerja atau ejennya atau pekerja ejen itu, jika perbuatan, peninggalan, pengabaian atau keingkaran itu telah dilakukan oleh pekerja orang itu dalam masa penggajiannya, atau oleh ejen itu semasa bertindak bagi pihak orang itu, atau oleh pekerja ejen itu dalam masa penggajian pekerja itu dengan ejen itu atau selainnya bagi pihak ejen itu.

(2)

Tiada apa-apa jua di bawah subseksyen

(1)

akan membebaskan seseorang ejen, pegawai atau pekerja daripada apa-apa tanggungan bagi sesuatu kesalahan.

Report

Bahagian X

Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Schedules