Money Services Business Act 2011 · Updated to 1 Oct 2015 · Bahagian IX · Pelbagai
84. Kerahsiaan
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Tiada seorang pun yang adalah atau pernah menjadi seorang pengarah, ketua pegawai eksekutif, pengawal atau pekerja seorang pemegang lesen atau ejen perniagaan perkhidmatan wang boleh memberikan, mengemukakan, memberitahu, membukakan, menyiarkan atau selainnya menzahirkan kepada mana-mana orang, atau membuat suatu rekod bagi mana-mana orang, apa-apa jua pun mana-mana maklumat atau dokumen yang berhubungan dengan hal ehwal atau akaun mana-mana pelanggannya.
Tiada seorang pun, atas apa-apa sebab, mempunyai dengan apa-apa cara akses kepada apa-apa maklumat atau dokumen yang berhubungan dengan pelanggan seseorang pemegang lesen atau ejen perniagaan perkhidmatan wang, boleh memberikan, mengemukakan,
94 Undang-Undang Malaysia AKTA 731
memberitahu, membukakan, menyiarkan atau selainnya menzahirkan, kepada mana-mana orang, atau membuat suatu rekod bagi mana-mana orang, apa-apa jua pun maklumat atau dokumen yang berhubungan dengan hal ehwal atau akaun pelanggan itu.
Tiada seorang pun yang mempunyai apa-apa maklumat atau dokumen yang pada pengetahuannya telah dizahirkan dengan melanggar subseksyen (1) atau (2) boleh dengan apa jua cara sekalipun menzahirkannya kepada mana-mana orang lain.
Seseorang yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan.
Bahagian X