Money Services Business Act 2011 · Updated to 1 Oct 2015 · Bahagian IX · Pelbagai
Money Services Business Act 2011 · Updated to 1 Oct 2015 · Bahagian IX · Pelbagai
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Tiada apa-apa tindakan, guaman, pendakwaan atau prosiding lain akan dibawa, diinstitusikan atau dikekalkan di mana-mana mahkamah atau mana-mana pihak berkuasa lain terhadap—
Menteri;
Bank;
Gabenor; atau
mana-mana pengarahnya, pegawainya atau pekerjanya atau mana-mana orang yang bertindak untuk Bank, untuk atau bagi, atau berkenaan dengan, apa-apa tindakan atau kenyataan yang dibuat atau ditinggalkan, atau yang menyerupai dibuat atau ditinggalkan, dalam penurutan atau pelaksanaannya, atau penurutan atau pelaksanaannya yang diinginkan di bawah, Akta ini atau mana-mana perintah, arahan atau benda yang dikeluarkan di bawah Akta ini jika tindakan atau kenyataan itu dilakukan atau dibuat, atau ditinggalkan, dengan niat baik.
Bahagian X