Money Services Business Act 2011 · Updated to 1 Oct 2015 · Bahagian IX · Pelbagai
Money Services Business Act 2011 · Updated to 1 Oct 2015 · Bahagian IX · Pelbagai
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Seseorang melakukan suatu kesalahan dan boleh dikenakan penalti bagi kesalahan itu jika dia—
cuba melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini;
membuat suatu perbuatan sebagai persediaan untuk melakukan atau bagi membantu pelakuan suatu kesalahan di bawah Akta ini; atau
bersubahat atau terlibat dalam suatu komplot jenayah untuk melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini, sama ada atau tidak kesalahan itu dilakukan akibat daripadanya.
96 Undang-Undang Malaysia AKTA 731
Mana-mana peruntukan Akta ini yang mengandungi sebutan mengenai sesuatu kesalahan di bawah mana-mana peruntukan khusus
Akta ini hendaklah dibaca sebagai termasuk sebutan mengenai suatu kesalahan di bawah subseksyen (1) berhubung dengan kesalahan di bawah peruntukan khusus itu.
Bahagian X