Money Services Business Act 2011 · Updated to 1 Oct 2015 · Bahagian IX · Pelbagai
88. Kuasa untuk mengkompaun
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Gabenor boleh, dengan persetujuan bertulis daripada
Pendakwa
Raya, membuat suatu tawaran bertulis untuk mengkompaun apa-apa kesalahan yang dilakukan oleh mana-mana orang di bawah Akta ini dan ditetapkan sebagai kesalahan yang boleh dikompaun dengan membuat suatu tawaran bertulis kepada mana-mana orang untuk mengkompaun kesalahan itu dengan pembayaran kepada Gabenor suatu amaun tidak melebihi amaun denda maksimum bagi kesalahan itu dalam apa-apa tempoh sebagaimana yang boleh dinyatakan dalam tawaran itu.
Sesuatu tawaran di bawah subseksyen (1) boleh dibuat pada bila-bila masa selepas kesalahan itu dilakukan, tetapi sebelum apa-apa pendakwaan baginya dimulakan.
Jika amaun yang ditetapkan dalam tawaran subseksyen (1)
tidak dibayar dalam tempoh yang dinyatakan dalam tawaran itu atau dalam apa-apa tempoh yang lanjut sebagaimana yang boleh diberikan oleh Gabenor, pendakwaan kesalahan itu boleh dimulakan pada bila-bila masa selepas itu terhadap orang yang menerima tawaran itu.
Perniagaan Perkhidmatan Wang 97
Jika suatu kesalahan telah dikompaunkan di bawah subseksyen (1), tiada pendakwaan boleh dimulakan berkenaan dengan kesalahan itu terhadap orang yang kepadanya tawaran mengkompaunkan kesalahan itu dibuat, dan apa-apa dokumen atau benda yang disita berhubung dengan kesalahan itu boleh dilepaskan oleh Bank, tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang Bank fikirkan patut.
Semua amaun wang yang diterima di bawah subseksyen (1)
hendaklah dibayar ke dalam
Kumpulan
Wang
Disatukan
Persekutuan.
Bahagian X