Skip to content

Seksyen 14

Penasihat

of Akta Perubatan Tradisional dan Komplementari 2016 (Belum Berkuat Kuasa)

ActPendingProvision 14 of 63
Seksyen 14
(1)

Majlis boleh melantik mana-mana orang yang difikirkan perlu oleh Majlis sebagai penasihat bagi maksud menasihati Majlis dalam apa-apa perkara berkaitan dengan fungsi Majlis.

(2)

Majlis boleh menjemput mana-mana penasihat atau mana-mana orang lain untuk menghadiri apa-apa mesyuarat atau pertimbangtelitian Majlis bagi maksud menasihatinya mengenai apa-apa perkara dalam perbincangan, tetapi mana-mana orang yang hadir sedemikian tidak mempunyai hak untuk mengundi dalam mesyuarat atau pertimbangtelitian itu.