Seksyen 16
Setiausaha Majlis dan pegawai lain
of Akta Perubatan Tradisional dan Komplementari 2016 (Belum Berkuat Kuasa)
ActPendingProvision 16 of 63
Seksyen 16
(1)
Menteri hendaklah menetapkan seorang pegawai awam, yang disyorkan oleh Ketua Pengarah, sebagai Setiausaha Majlis untuk membantu Majlis menjalankan fungsinya di bawah Akta ini.
(2)
Menteri boleh menetapkan apa-apa bilangan pegawai awam lain, yang disyorkan oleh Ketua Pengarah, untuk membantu
Setiausaha menjalankan fungsinya.
Undang-Undang Malaysia 16
Akta 775
(3)
Bagi maksud Akta ini, Setiausaha dan pegawai yang ditetapkan di bawah subseksyen (2) hendaklah disifatkan sebagai pegawai Majlis.