Seksyen 9
Mesyuarat Majlis
of Akta Perubatan Tradisional dan Komplementari 2016 (Belum Berkuat Kuasa)
Tertakluk kepada subseksyen (2), Pengerusi hendaklah mempengerusikan semua mesyuarat Majlis.
Undang-Undang Malaysia 14
Akta 775
(2)
Pengerusi silih ganti hendaklah mempengerusikan mesyuarat
Majlis semasa ketiadaan Pengerusi.
(3)
Majlis hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya dua kali setahun.
(4)
Pengerusi boleh memanggil mesyuarat Majlis dari semasa ke semasa jika ada keperluan untuk berbuat demikian.
(5)
Anggota Majlis boleh memanggil mesyuarat Majlis dengan menghantar suatu notis panggilan kepada Setiausaha mengikut subseksyen (6).
(6)
Notis panggilan di bawah subseksyen (5) hendaklah mengandungi tandatangan sekurang-kurangnya tiga anggota Majlis dan hendaklah menyatakan perkara-perkara yang akan dibincangkan dan diputuskan oleh Majlis.