Akta Perubatan Tradisional dan Komplementari 2016 (Belum Berkuat Kuasa) · Updated to 10 Mar 2016 · Bahagian II · Majlis Perubatan Tradisional dan Komplementari
17. Pewakilan fungsi
Feedback & supportMajlis boleh, dengan kelulusan Menteri, tertakluk kepada apa-apa syarat, had atau sekatan, mewakilkan mana-mana fungsinya sebagaimana yang sesuai secara bertulis kepada—
mana-mana badan pengamal ditetapkan; atau
mana-mana orang yang difikirkan layak oleh Majlis.
Apa-apa fungsi yang diwakilkan di bawah subseksyen (1)
hendaklah dilaksanakan dan dijalankan atas nama dan bagi pihak
Majlis.
Majlis hendaklah merekodkan semua pewakilan fungsi, termasuk apa-apa pembatalan atau pindaan pewakilan, dalam suatu daftar.
Majlis hendaklah menyediakan perkara tentang semua pewakilan yang dibuat untuk orang awam.
Pewakilan di bawah seksyen ini tidak menghalang Majlis daripada melaksanakan atau menjalankan sendiri pada bila-bila masa fungsi yang diwakilkan sedemikian.