Seksyen 11
Pengundian
of Akta Perubatan Tradisional dan Komplementari 2016 (Belum Berkuat Kuasa)
ActPendingProvision 11 of 63
Seksyen 11
(1)
Tiap-tiap anggota yang menghadiri mesyuarat Majlis hendaklah mempunyai satu undi.
(2)
Jika mengenai apa-apa soalan yang akan ditentukan oleh
Majlis terdapat persamaan undi, Pengerusi atau, jika beliau tidak hadir, Pengerusi silih ganti, hendaklah mempunyai undi pemutus sebagai tambahan kepada undi biasanya.
(3)
Segala perkara yang hendak diputuskan oleh Majlis hendaklah diputuskan dengan undi majoriti.