Akta Perubatan Tradisional dan Komplementari 2016 (Belum Berkuat Kuasa) · Updated to 10 Mar 2016 · Bahagian IX · Penguatkuasaan
50. Kuasa untuk menyiasat
Feedback & support(1)
Seseorang pegawai diberi kuasa boleh menyiasat apa-apa kesalahan yang dilakukan di bawah Akta ini.
Undang-Undang Malaysia 40
(2)
Untuk mengelakkan keraguan, adalah diisytiharkan bahawa bagi maksud Akta ini, seseorang pegawai diberi kuasa hendaklah mempunyai semua atau mana-mana kuasa seorang pegawai polis apa-apa jua pangkat berhubung dengan penyiasatan polis dalam kes boleh tangkap seperti yang diperuntukkan di bawah Kanun
Tatacara Jenayah [Akta 593], dan semua kuasa adalah sebagai tambahan kepada kuasa yang diperuntukkan di bawah Akta ini dan tidak mengurangkan kuasanya.