Seksyen 54
Kuasa untuk memasuki premis
of Akta Perubatan Tradisional dan Komplementari 2016 (Belum Berkuat Kuasa)
Seseorang pegawai diberi kuasa boleh pada bila-bila masa memasuki ke dalam premis bagi maksud—
(a)
memeriksa apa-apa sampel kepada apa-apa barangan ubat tradisional dan komplementari, bekas, bungkusan, kenderaan, buku, dokumen atau barang lain yang difikirkan perlu;
Undang-Undang Malaysia 46
Akta 775
(b)
mengesahkan ketepatan rekod atau penyataan atau apa-apa maklumat yang diberikan kepada pegawai diberi kuasa;
atau
(c)
mengambil sampel apa-apa barangan ubat tradisional dan komplementari atau bahan lain yang dijumpai di dalam premis bagi tujuan mengenalpasti, dengan ujian atau sebaliknya, sama ada satu kesalahan telah dilakukan.