Skip to content

Seksyen 55

Kuasa untuk mengambil sampel

of Akta Perubatan Tradisional dan Komplementari 2016 (Belum Berkuat Kuasa)

ActPendingProvision 55 of 63
Seksyen 55
(1)

Seseorang pegawai diberi kuasa boleh meminta, memilih, mengambil atau mengumpul sampel apa-apa barangan ubat tradisional dan komplementari atau bahan lain untuk tujuan kepastian tanpa bayaran daripada mana-mana orang yang mengimport, mengilang, mengedar, menjual atau telah memiliki barangan tersebut, atau agen atau pekerjanya yang darinya barangan lain diperolehi.

(2)

Tatacara untuk mengambil dan menguruskan sampel hendaklah sebagaimana yang ditetapkan.