Skip to content

Seksyen 56

Capaian kepada data berkomputer

of Akta Perubatan Tradisional dan Komplementari 2016 (Belum Berkuat Kuasa)

ActPendingProvision 56 of 63
Seksyen 56
(1)

Seseorang pegawai diberi kuasa yang menjalankan suatu pemeriksaan di bawah Akta ini hendaklah diberi capaian kepada data berkomputer sama ada yang disimpan dalam suatu komputer atau sebaliknya.

(2)

Bagi maksud seksyen ini, “capaian” termasuk memberikan kata laluan, kod enskripsi, kod deskripsi, perisian atau perkakasan atau kaedah lain yang diperlukan untuk membolehkan pemahaman data berkomputer.