Akta Perubatan Tradisional dan Komplementari 2016 (Belum Berkuat Kuasa) · Updated to 10 Mar 2016 · Bahagian IX · Penguatkuasaan
58. Senarai dokumen, rekod, dsb., yang dirampas
Feedback & supportKecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam subseksyen (2), jika apa-apa dokumen, rekod, manual, buku, bahan atau artikel lain yang dirampas menurut Akta ini, pegawai diberi kuasa yang membuat rampasan—
hendaklah menyediakan dan menandatangani—
suatu senarai dokumen, rekod, manual, buku, bahan atau artikel lain yang dirampas itu; dan
suatu notis rampasan bertulis yang mengandungi alasan untuk rampasan itu; dan
hendaklah dengan seberapa segera yang praktik menyampaikan salinan senarai dokumen, rekod, manual, buku, bahan atau artikel lain yang dirampas dan notis rampasan bertulis di bawah perenggan (a)
kepada penghuni premis yang diperiksa atau kepada agen atau pekerja premis itu.
Notis rampasan bertulis tidak perlu disampaikan menurut perenggan (1)(b) jika rampasan dibuat dengan kehadiran orang yang ke atasnya prosiding di bawah Akta ini hendak diambil, atau dengan kehadiran pemilik harta itu atau agennya.