Seksyen 21
Pembetulan Daftar dan rekod Pendaftar
of Akta Petunjuk Geografi 2022
Pendaftar boleh, sebagaimana yang difikirkannya perlu, membetulkan apa-apa kesalahan perkeranian atau apa-apa kesilapan dalam Daftar atau rekod Pendaftar di bawah Akta ini.
(2)
Pendaftar boleh, atas permintaan oleh mana-mana tuan punya berdaftar dalam bentuk sebagaimana yang ditentukan oleh
Pendaftar bersama dengan pembayaran fi yang ditetapkan—
(a)
membetulkan apa-apa kesalahan atau memasukkan apa-apa perubahan pada nama, alamat atau perihalan tuan punya berdaftar dalam Daftar; atau
(b)
membetulkan butir-butir perihalan barang dalam Daftar berkenaan dengan petunjuk geografi berdaftar tanpa, dengan apa-apa cara, meluaskan hak yang diberikan di bawah pendaftaran sedia ada petunjuk geografi itu.
(3)
Pendaftar hendaklah mengeluarkan suatu perakuan pendaftaran petunjuk geografi itu kepada tuan punya berdaftar setelah membuat apa-apa pembetulan di bawah seksyen ini.