Seksyen 22
Pembatalan sukarela petunjuk geografi berdaftar
of Akta Petunjuk Geografi 2022
Tuan punya berdaftar boleh membuat permintaan kepada
Pendaftar bagi suatu pembatalan sukarela suatu petunjuk geografi berdaftar berkenaan dengan apa-apa barang dalam bentuk sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar bersama dengan pembayaran fi yang ditetapkan.
(2)
Bagi maksud subseksyen (1), tuan punya berdaftar hendaklah mematuhi apa-apa kehendak sebagaimana yang ditetapkan.
(3)
Pendaftar hendaklah membatalkan pendaftaran petunjuk geografi jika Pendaftar berpuas hati bahawa tuan punya berdaftar itu telah mematuhi kehendak sebagaimana yang ditetapkan.
(4)
Jika pendaftaran petunjuk geografi itu dibatalkan secara sukarela di bawah seksyen ini, hak yang diberikan oleh pendaftaran petunjuk geografi kepada mana-mana pihak berkepentingan bagi barang yang dikenal pasti oleh petunjuk geografi itu hendaklah terhenti berkuat kuasa dari tarikh pembatalan pendaftaran itu.
Petunjuk Geografi 33