Seksyen 31
Pendaftaran ejen petunjuk geografi
of Akta Petunjuk Geografi 2022
Mana-mana orang boleh memohon kepada Pendaftar untuk didaftarkan sebagai seorang ejen petunjuk geografi dengan memfailkan suatu permohonan bagi pendaftaran seorang ejen
Petunjuk Geografi 39
petunjuk geografi dalam bentuk sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar bersama dengan pembayaran fi yang ditetapkan.
(2)
Bagi maksud subseksyen (1), orang itu hendaklah mematuhi apa-apa kehendak sebagaimana yang ditetapkan.
(3)
Jika orang itu mematuhi kehendak yang ditetapkan,
Pendaftar hendaklah mendaftarkan orang itu sebagai seorang ejen petunjuk geografi dan mencatatkan nama orang itu dalam
Daftar Ejen Petunjuk Geografi.
Pembatalan pendaftaran ejen petunjuk geografi, dsb.