Seksyen 4
Pendaftar dan pegawai lain
of Akta Petunjuk Geografi 2022
Tiada tindakan, guaman, pendakwaan atau prosiding lain boleh dibawa, dimulakan atau dikekalkan dalam mana-mana mahkamah terhadap—
(a)
Pendaftar, Timbalan Pendaftar atau Penolong Pendaftar, berkenaan dengan apa-apa perbuatan yang diperintahkan atau dilakukan bagi maksud melaksanakan Akta ini;
dan
(b)
mana-mana pegawai lain berkenaan dengan apa-apa perbuatan yang dilakukan atau berupa sebagai dilakukan olehnya di bawah perintah, arahan atau suruhan Pendaftar, jika perbuatan itu diperintahkan atau dilakukan dengan suci hati dan atas kepercayaan yang munasabah bahawa ia adalah perlu bagi maksud yang dihasratkan untuk dicapai dengannya.
Petunjuk Geografi 17