Skip to content

Seksyen 5

Pejabat Petunjuk Geografi dan pejabat cawangan lain

of Akta Petunjuk Geografi 2022

ActIn forceProvision 5 of 101
Seksyen 5
(1)

Pejabat Petunjuk Geografi Pusat dan apa-apa bilangan pejabat cawangan Pejabat Petunjuk Geografi Pusat yang ditubuhkan di bawah seksyen 9 Akta yang dimansuhkan hendaklah masing-masing dikenali sebagai Pejabat Petunjuk Geografi dan pejabat cawangan.

(2)

Sebagai tambahan kepada subseksyen (1), bagi maksud

Akta ini, apa-apa bilangan pejabat cawangan Pejabat Petunjuk

Geografi sebagaimana yang perlu hendaklah ditubuhkan.

(3)

Apa-apa dokumen yang dikehendaki oleh Akta ini untuk difailkan di Pejabat Petunjuk Geografi boleh difailkan di mana-mana pejabat cawangan Pejabat Petunjuk Geografi dan apa-apa sebutan dalam Akta ini mengenai pengemukaan di Pejabat Petunjuk

Geografi termasuklah sebutan mengenai pengemukaan di suatu pejabat cawangan.

(4)

Semua komunikasi dengan Pejabat Petunjuk Geografi hendaklah dalam bahasa kebangsaan atau bahasa Inggeris.