Seksyen 7
Pemeriksaan Daftar
of Akta Petunjuk Geografi 2022
ActIn forceProvision 7 of 101
Seksyen 7
(1)
Daftar hendaklah dijadikan tersedia bagi pemeriksaan awam tertakluk kepada syarat sebagaimana yang ditetapkan atas permohonan dalam bentuk sebagaimana yang ditentukan oleh
Pendaftar bersama dengan pembayaran fi yang ditetapkan.
(2)
Tertakluk kepada syarat dalam subseksyen (1), salinan yang diperaku atau cabutan apa-apa catatan dalam Daftar yang dimeteraikan dengan meterai Pendaftar hendaklah diberikan kepada mana-mana orang atas permohonan dalam bentuk sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar bersama dengan pembayaran fi yang ditetapkan.