Skip to content

Seksyen 9

Pendaftaran hanya berkenaan dengan barang yang termasuk dalam kategori barang

of Akta Petunjuk Geografi 2022

ActIn forceProvision 9 of 101
Seksyen 9
(1)

Suatu permohonan bagi pendaftaran suatu petunjuk geografi di bawah subseksyen 8(1) hanya boleh dimohon berkenaan dengan apa-apa barang yang termasuk dalam satu atau lebih kategori barang sebagaimana yang dinyatakan dalam garis panduan atau arahan amalan di bawah seksyen 95.

(2)

Pendaftar hendaklah menentukan sama ada atau tidak apa-apa barang termasuk dalam suatu kategori barang sebagaimana yang dinyatakan dalam garis panduan atau arahan amalan di bawah seksyen 95.