Skip to content

Seksyen 54

of Akta Probet dan Pentadbiran 1959

ActIn forceProvision 54 of 91

Seksyen 54

(1)

Peruntukan-peruntukan Enakmen Duti Harta Pusaka 1941, Negeri-Negeri Melayu Bersekutu sebagaimana yang diperluaskan supaya terpakai di seluruh Malaysia Barat melalui Ordinan Duti Harta Pusaka (Peruntukan Peralihan) (No. 2) 1946, termasuklah peruntukan-peruntukan penalnya, hendaklah terpakai seolah-olah orang yang memohon untuk mendapatkan pemeteraian di bawah Bahagian ini ialah seorang wasi mengikut pengertian Enakmen itu, dan seksyen 45 Enakmen itu hendaklah terpakai mutatis mutandis bagi pemeteraian semula pemberian-pemberian di bawah Bahagian ini.

(2)

Dalam hal pemakaian subseksyen (1) bagi Sabah dan Sarawak, sebutan mengenai Enakmen Duti Harta Pusaka 1941, Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, dan peruntukan-peruntukannya hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai undang-undang bertulis dan peruntukan-peruntukan undang-undang itu yang bersamaan yang berkuatkuasa di Sabah dan Sarawak.