Skip to content

Seksyen 56

of Akta Probet dan Pentadbiran 1959

ActIn forceProvision 56 of 91

Seksyen 56

(1)

Jika si mati telah menjalankan perniagaan atau bermastautin di Malaysia dalam masa dua belas bulan sebelum kematiannya, Mahkamah boleh, atas permohonan seorang pemiutang si mati atau selainnya, sebelum sesuatu pemberian probet atau surat kuasa pentadbiran dimeterai semula, menghendaki supaya jaminan yang mencukupi diberikan bagi pembayaran hutang yang kena dibayar kepada pemiutang-pemiutang yang bermastautin di Malaysia.

Probet dan Pentadbiran

(2)

Mana-mana pemiutang sedemikian boleh memberikan notis secara bertulis kepada Pendaftar, menghendaki supaya dia diberitahu mengenai apa-apa permohonan untuk memeteraikan suatu pemberian probet di bawah Bahagian ini; dan tiada pemberian sedemikian boleh dimeteraikan sebelum habis tempoh tujuh hari selepas suatu notis secara bertulis mengenai suatu permohonan untuk pemeteraian disampaikan kepada pemiutang itu.