Skip to content

Seksyen 64

of Akta Probet dan Pentadbiran 1959

ActIn forceProvision 64 of 91

Seksyen 64

(1)

Tiap-tiap orang yang membuat atau membenarkan dibuat apa-apa pembayaran atau pelupusan dengan suci hati di bawah probet atau surat kuasa pentadbiran hendaklah ditanggung rugi dan dilindungi pada berbuat sedemikian, walau apa pun apa-apa kecacatan atau hal keadaan yang menyentuh keesahan probet atau surat kuasa pentadbiran itu.

(2)

Jika suatu pemberian perwakilan dibatalkan, segala pembayaran dan pelupusan yang telah dibuat dengan suci hati kepada seorang wakil diri di bawah pemberian itu sebelum pembatalannya adalah penjelasan yang sah oleh orang yang membuat pembayaran dan pelupusan itu; dan wakil diri yang telah bertindak di bawah perwakilan yang dibatalkan itu boleh menyimpan dan mendapatkan ganti bayarannya sendiri berkenaan dengan apa-apa pembayaran atau pelupusan yang telah dibuat olehnya yang sepatutnya dibuat oleh orang yang diberikan perwakilan kemudiannya.

(3)

Segala pemindahmilikan dan pemindahhakan apa-apa kepentingan mengenai harta alih dan tak alih yang dibuat kepada seseorang pembeli sama ada sebelum atau selepas bermulanya kuatkuasa Akta ini oleh seseorang yang telah diberikan probet atau surat kuasa pentadbiran adalah sah, walau apa pun apa-apa pembatalan atau perubahan yang berikutannya akan probet atau pentadbiran itu, sama ada sebelum atau selepas bermulanya kuatkuasa Akta ini.

(4)

Seksyen ini berkuatkuasa tanpa menyentuh apaapa perintah Mahkamah yang dibuat sebelum bermulanya kuatkuasa Akta ini dan terpakai sama ada pewasiat atau si mati tak berwasiat itu mati sebelum atau selepas bermulanya kuatkuasa itu.