Probate and Administration Act 1959 · Updated to 1 Jan 1994 · Bahagian V · Kuasa, Hak, Tugas dan Obligasi Wakil
65. Section 65
Feedback & supportJika mana-mana orang, pada memfraudkan pemiutang-pemiutang atau tanpa balasan bernilai sepenuhnya, memperolehi, menerima atau memegang apa-apa harta alih atau tak alih seseorang orang sudah mati atau membuat pelepasan apa-apa hutang atau liabiliti yang kena dibayar kepada harta pusaka si mati, maka dia hendaklah dipertanggungkan sebagai wasi kerana kesalahannya sendiri setakat harta yang telah diterimanya atau yang masuk ke dalam tangannya, atau hutang atau liabiliti yang dilepaskannya, selepas ditolak—
apa-apa hutang bagi balasan bernilai dan tanpa fraud yang kena dibayar kepadanya oleh orang sudah mati itu pada masa kematiannya; dan
apa-apa pembayaran yang telah dibuat olehnya yang sepatutnya dibuat oleh seorang wakil diri.