Legal Profession Act 1976 · Updated to 1 Aug 2018 · Bahagian II · Bahagian II.
146. Takrif
Feedback & supportDalam seksyen ini ungkapan “petisyen yang belum diputuskan” ertinya—
sesuatu petisyen yang difailkan menurut subseksyen (2); atau
sesuatu petisyen yang difailkan sebelum permulaan kuat kuasa Bahagian II yang tiada apa-apa perintah telah dibuat bagi menerima masuk pempetisyen sebagai peguam bela dan peguam cara apabila Bahagian II mula berkuat kuasa.
Walaupun
Ordinan dimansuhkan, mana-mana orang berkelayakan yang ingin memfailkan suatu petisyen untuk diterima masuk sebagai peguam bela dan peguam cara sebelum Lembaga ditubuhkan boleh berbuat demikian di bawah Ordinan.
Tertakluk kepada seksyen ini, seksyen 5 hingga 9 Ordinan hendaklah terpakai bagi tiap-tiap petisyen yang belum diputuskan.
Profesion Undang-Undang 173
Seksyen 27 dan 28 hendaklah terpakai bagi tiap-tiap petisyen yang belum diputuskan.
Jika perintah untuk seseorang pempetisyen diterima masuk sebagai peguam bela dan peguam cara tidak dibuat dalam sesuatu petisyen yang belum diputuskan sebelum tamat dua belas bulan dari permulaan kuat kuasa Akta ini atau apa-apa tempoh lanjutan yang dibenarkan oleh Mahkamah petisyen yang belum diputuskan itu hendaklah disifatkan sebagai luput.