Skip to content
In forceUpdated to 1 Aug 2018Read it in English

Bahagian II · Bahagian II.

150. Kecualian

Feedback & support
(1)

Semua permohonan dan aduan yang dibuat di bawah seksyen 27, 28 dan 30 Ordinan dan semua prosiding di hadapan

Jawatankuasa Tatatertib yang dilantik di bawah Ordinan atau di hadapan mahkamah di bawah seksyen 31 Ordinan hendaklah diteruskan seolah-olah permohonan atau aduan itu telah dibuat atau prosiding itu telah dimulakan di bawah Akta ini, dan bagi maksud seksyen ini mana-mana Jawatankuasa Tatatertib yang dilantik di bawah Ordinan hendaklah disifatkan sebagai Jawatankuasa Tatatertib yang dilantik di bawah Akta ini.

(2)

Akta ini hendaklah terpakai bagi semua permohonan, aduan dan prosiding, dan jika ada apa-apa keraguan atau kesulitan permohonan hendaklah dibuat dengan cara saman pemula kepada

Hakim untuk arahan, dan apa-apa perintah yang dibuat oleh Hakim di bawah seksyen ini tidak boleh menjadi perkara rayuan dan hendaklah bagi segala maksud disifatkan sebagai di bawah Akta ini.

Report

Bahagian XII

Pemansuhan

Schedules