Akta Profesion Undang-Undang (Pindaan) 2025 · As enacted · Bahagian VIII · Bahagian VIII Akta ibu dipinda dalam kepala dengan memasukkan selepas perkataan “PEGUAM CARA” perkataan
50. Pindaan seksyen 141
Feedback & supportSeksyen 141 Akta ibu dipinda—
dalam nota bahu, dengan memasukkan selepas perkataan
“peguam bela dan peguam cara” perkataan “atau perkongsian guaman liabiliti terhad”;
dalam subseksyen (1)—
dengan memasukkan selepas perkataan “akaun peguam bela dan peguam cara” perkataan “atau perkongsian guaman liabiliti terhad”; dan
dengan memasukkan selepas perkataan “oleh peguam bela dan peguam cara” perkataan “atau perkongsian guaman liabiliti terhad”; dan
dalam subseksyen (2)—
dengan menggantikan perkataan “menyimpan suatu akaun bagi wang kliennya” dengan perkataan
“atau suatu perkongsian guaman liabiliti terhad menyimpan suatu akaun wang klien”; dan
dengan memasukkan selepas perkataan
“tanggungan peguam bela dan peguam cara”
perkataan “atau perkongsian guaman liabiliti terhad”.
Profesion Undang-Undang (Pindaan)