Skip to content

Seksyen 10

Mengganggu pegawai polis atau anggota angkatan tentera

of Akta Rahsia Rasmi 1972

ActIn forceProvision 14 of 38
Seksyen 10

Jika seseorang yang berada di dalam atau berdekatan dengan sesuatu tempat larangan, menghalang, mengelirukan atau selainnya mengganggu atau merintangi seseorang pegawai polis atau seseorang anggota angkatan tentera yang menjalankan tugas yang berhubungan dengan tempat larangan itu, dia melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum dengan denda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi tujuh tahun atau kedua-duanya.